APA ITU LOCAL AGENDA 21


Program untuk masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bersama-sama merancang dan menguruskan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan.  Ia menekankan penglibatan 3 pihak, iaitu PBT, masyarakat dan sektor swasta bekerjasama untuk merancang  dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.

 

MAKSUD PEMBANGUNAN MAMPAN


Definisi Pembangunan Mampan “pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menidakkan keperluan generasi yang akan datang. Ia termasuk kawalan kependudukan, makanan, keselamatan dan sumber tenaga” (Sumber: World Commission On Environmental & Development, 1987).

 

PELANCARAN LOCAL AGENDA 21 PERINGKAT KAJANG


Local Agenda 21 Kajang ditubuhkan secara rasmikan pada 31 Mac 2003. Bagi melaksanakan Local Agenda 21 (LA21) di Kajang, pihak majlis telah melancarkan LA 21 bertempat di Taman Tasik Cempaka pada 21 Mei 2006. Bermula jam 7.30 pagi berbagai program telah diatur dengan disertai kira-kira 1000 orang peserta. Ketika itu penubuhan 18 zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) diumumumkan. MPP ini menjadi tonggak kepada pelbagai program dan aktiviti dirancang. Turut berlangsung Pelancaran Kawasan Kejiranan Terbaik. Johan Pertandingan Ceria, Bersih dan Cantik mambawa pulang wang tunai berbentuk geran bernilai RM20,000.00 kepada Council Home Sri Cempaka, Bandar Baru Bangi.

 

 

 
 
 
PELAN TINDAKAN TERKINI | PROSES-PROSES PELAKSANAAN LA21 | FAEDAH-FAEDAH LA21 KEPADA MASYARAKAT


Pihak MPKj tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Resolusi skrin yang disarankan : 1280 x 1024 piksel
Hak Cipta Terpelihara © 2009 MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKj)