MAKLUMAN KEPADA PEMILIK HARTA

Sekiranya anda telah membeli hartanah di kawasan MPKj dan masih belum melakukan pindah milik dari pemilik lama, anda boleh berbuat demikian dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak MPKj.

Anda dikehendaki membeli Borang I (Notis Jualan atau Pindah Milik) berharga RM 2.00 di Unit Hasil , Tingkat 1 , MPKj. Anda juga boleh mendapatkan Borang I tersebut secara percuma dengan memuat turun melalui butang yang disediakan.

Bagi melengkapkan proses pindah milik , anda perlu melampirkan dokumen seperti berikut :-

- 1 Salinan Kad Pengenalan
- 1 Salinan Perjanjian Jual & Beli (S&P) atau 1 Salinan Hak Milik (Geran)
- Salinan Resit Cukai Pintu terkini yang telah dibayar (permohonan akan ditolak jika ada tunggakan belum dijelaskan)

Akhir sekali, anda boleh menghantar Borang I beserta dokumen tersebut ke Unit Hasil, Tingkat 1 atau Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Tingkat 4 untuk proses pertukaran hak milik .

Merujuk kepada Seksyen 160(1)(6) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), adalah menjadi kewajipan penjual atau pemindah milik untuk melakukan pindah milik tersebut dalam tempoh 3 bulan atau kedua-duanya sekali.

Sila berhubung dengan Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta untuk pertanyaan selanjutnya di talian 03-87393041

MUAT TURUN BORANG I (SILA BUAT SALINAN BORANG I INI UNTUK RUJUKAN DAN SIMPANAN)
DOWNLOAD FORM I (PLEASE MAKE A COPY OF FORM I IS FOR YOUR REFERENCE AND RETENTION)

Sila Pilih Jenis Akaun Cukai Taksiran Anda

  Akaun Syarikat
  Akaun Persendirian
 

 

SISTEM SEMAKAN CUKAI TAKSIRAN MPKj
Copyright © Majlis Perbandaran Kajang 2009
Recommended For 1280 x 1024 or Higher Resolution